Trid492273118127963evpageviewnoscript1
Rolex Oyster Perpetual watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Oyster Perpetual watches - Cortina Watch Malaysia

Rolex Oyster Perpetual
Hayati dunia Oyster anda

Jam tangan dalam rangkaian Oyster Perpetual ialah simbol gaya universal dan klasik, sambil menawarkan fungsi harian yang penting – jam, minit dan saat. Berakar umbi daripada asal-usul perintis Rolex, model-model ini melambangkan bentuk dan fungsi abadi. Model ini mewakili jam tangan dalam bentuk paling murni.

Jam tangan Oyster Perpetual ialah keturunan langsung Oyster asal yang dilancarkan pada tahun 1926 iaitu jam tangan kalis air pertama di dunia yang seterusnya telah menjadi asas kepada pembinaan reputasi Rolex. Seutas Kronometer Superlatif yang diperakui, Oyster Perpetual menampilkan semua ciri utama koleksi Oyster Perpetual – ketepatan kronometrik yang cemerlang, penutup Oyster kalis air, dan sebuah mekanisme mekanikal automatik melalui rotor Perpetual. Tidak menonjol dan elegan, jam tangan ini terkenal dengan gaya universal dan klasik.

Oyster Perpetual memperlihatkan konsep Oyster yang paling tulen.

Rolex Oyster Perpetual watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Oyster Perpetual watches - Cortina Watch Malaysia

Dinamik dan abadi

Oyster Perpetual menawarkan paparan masa yang jelas dan tepat – jam, minit dan saat. Versi berbeza jam tangan ini menonjol dengan permukaan dalam warna yang elegan atau terang, baik permukaan perak berkilat, biru terang atau permukaan hitam terang dalam kemasan sinaran matahari, atau merah jambu kandi yang menarik perhatian, firus biru, atau permukaan lakuer hijau. Oyster Perpetual tersedia dalam lima ukuran – 28, 31, 34, 36 dan 41 mm – menyediakan pilihan diameter terbanyak untuk sebuah rangkaian Rolex.

 

Model-model ini dipasangkan dengan rantai Oyster sambungan tiga keping yang kukuh dan selesa. Rantai tersebut dilengkapi dengan Oysterclasp lipat dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang dibangunkan oleh Rolex, yang membolehkan pemakai menyesuaikan panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm.

 

Oyster Perpetual diperbuat secara eksklusif daripada Oystersteel. Direka khas untuk Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L – aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi. Oystersteel sangat tahan terhadap kakisan, menawarkan kemasan luar biasa setelah digilap dan mengekalkan kilauan dengan berlalunya masa.

Rolex Oyster Perpetual watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Oyster Perpetual watches - Cortina Watch Malaysia

Kebolehpercayaan dan ketepatan

Penutup Oyster Perpetual dijamin kalis air sehingga kedalaman 100 meter (330 kaki). Penutup tengah jam diperbuat daripada blok Oystersteel yang kukuh. Penutup belakang, dengan jejalur halus di tepi, diskrukan ke bawah secara kedap dengan menggunakan alat khas yang hanya membenarkan pembuat jam tangan Rolex yang diperakui untuk mengakses mekanisme jam. Komponen utama yang lain dalam struktur kalis air ini ialah putaran jam pusingan Twinlock yang dipasang dengan sistem kalis air berganda yang telah diskrukan ke bawah dengan ketat pada penutup.

Rolex Oyster Perpetual watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Oyster Perpetual watches - Cortina Watch Malaysia

Bergantung pada saiz, Oyster Perpetual dilengkapi dengan kaliber 2232 (bagi model dalam 28, 31 dan 34 mm) atau kaliber 3230 (bagi model dalam 36 dan 41 mm), iaitu mekanisme mekanikal automatik yang dibangunkan serta dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Ia menawarkan prestasi yang menakjubkan, terutamanya dari segi ketepatan, rizab kuasa, kemudahan serta kebolehpercayaan.

Rolex Oyster Perpetual watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Oyster Perpetual watches - Cortina Watch Malaysia
Rolex Oyster Perpetual watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Oyster Perpetual watches - Cortina Watch Malaysia

Pensijilan Kronometer Superlatif

Seperti semua jam tangan Rolex, Oyster Perpetual dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif. Perakuan ini mengesahkan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan tapak Rolex telah berjaya menjalani satu siri ujian yang dilakukan dalam makmal Rolex, berdasarkan kriteria Rolex sendiri. Status Kronometer Superlatif dilambangkan oleh meterai hijau yang disertakan dengan setiap jam tangan Rolex dan berserta jaminan antarabangsa selama lima tahun.

Teruskan meneroka