Trid492273118127963evpageviewnoscript1

24 Jam di Le Mans

Edisi ke-92 24 Jam di Le Mans, perlumbaan yang meraikan kecemerlangan sukan permotoran dan ketahanan, berlangsung pada 15 dan 16 Jun 2024. Rolex merupakan Jam Tangan Rasmi acara legenda ini sejak tahun 2001.

Sejarah perlumbaan epik yang panjang dan membanggakan

Diwujudkan pada tahun 1923, 24 Jam di Le Mans ialah acara yang tertua dan salah satu perlumbaan kereta paling berprestij di dunia. Sebagai satu ujian ketat terhadap kebolehpercayaan jentera serta stamina fizikal dan mental pemandu, Le Mans menarik beberapa nama besar dalam sukan permotoran. Di Litar Sarthe sejauh 13.6 kilometer (8.4 batu) di barat laut Perancis, kira-kira 62 kereta, setiap satu dengan tiga pemandu sepasukan, berlumba antara satu sama lain, dibahagikan kepada dua Prototaip dan satu Kelas GT. Pasukan yang menang ialah pasukan yang menempuh jarak paling jauh dalam masa 24 jam, iaitu kira-kira 5,300 kilometer (3,293 batu). Rolex telah menjadi Jam Tangan Rasmi perlumbaan ini sejak tahun 2001.

24 Jam di Le Mans - Cortina Watch Malaysia24 Jam di Le Mans - Cortina Watch Malaysia

Inovasi berterusan selama beberapa dekad

Sejak edisi sulung, acara keramat ini menjadi medan ujian yang bagus untuk banyak kemajuan dalam teknologi sukan permotoran. Percubaan permukaan jalan baharu pada tahun 1922 (masih utuh hingga kini), penambahbaikan dari segi keselamatan, enjin dan aerodinamik, serta syarat agar semua kereta menggunakan 100 peratus bahan api bio boleh dibaharui sejak tahun 2022, adalah antara kemajuan yang ketara sepanjang satu abad yang disokong oleh perlumbaan ketahanan legenda ini. Pengeluar automotif baharu yang bertanding kelas teratas pada 2024 termasuk Alpine, BMW dan Lamborghini, menekankan kepentingan dan relevansi acara itu untuk industri kereta.

24 Jam di Le Mans - Cortina Watch Malaysia24 Jam di Le Mans - Cortina Watch Malaysia

Tom Kristensen: ‘Mr Le Mans’

Tom Kristensen mendapat gelaran yang sesuai dan benar-benar buat dirinya. Pemandu paling berjaya dalam sejarah perlumbaan legenda ini memegang rekod sembilan kali menang, bermula dengan penampilan sulungnya pada tahun 1997. Merupakan Testimoni Rolex sejak tahun 2010, pemandu perlumbaan Denmark ini ialah Juara Ketahanan Dunia FIA pada tahun 2013. “Anda membawa kemenangan di Le Mans bersama anda selama-lamanya. Saya berasa bangga dan rendah diri apabila mengingati legasi perlumbaan dan penglibatan Rolex dengan sukan permotoran. Ini ialah gabungan yang sempurna; kedua-duanya berusaha memburu kecemerlangan melalui kegigihan, inovasi teknikal dan usaha manusia.”

24 Jam di Le Mans - Cortina Watch Malaysia24 Jam di Le Mans - Cortina Watch Malaysia

Cosmograph Daytona: hadiah terunggul

Pemenang kelas teratas 24 Jam di Le Mans menerima Oyster Perpetual Cosmograph Daytona yang diukir khas untuk acara tersebut. Jam tangan legenda dengan reka bentuk ikonik, Cosmograph Daytona, ialah lambang kepakaran Rolex. Dilengkapi dengan gerakan yang direka dan dihasilkan sepenuhnya oleh pengeluar Rolex, model ini menyerlah lantaran ketepatan kronometri serta kebolehpercayaan yang tiada tandingan.

24 Jam di Le Mans - Cortina Watch Malaysia24 Jam di Le Mans - Cortina Watch Malaysia