Reference
126719BLRO
Model case
Oyster, 40 mm, emas putih
Water-resistance
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
Bezel
Bezel dwiarah boleh gilir senggatan 24 jam. Dua warna biru dan sisipan Cerachrom merah dalam seramik, dibentu angka-angka dan senggatan
Dial
Meteorit
Bracelet
Oyster, pautan tiga keping padat
Movement
Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT
Calibre
3285, Buatan Rolex
Power reserve
Lebih kurang 70 jam
Certification
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Model ini ialah satu-satunya GMT-Master II dengan permukaan meteorit. Meteorit datang dari pusat asteroid atau mungkin juga dari planet yang telah meletup, menyebabkan bahan itu tersebar ke seluruh Sistem Suria, sehingga memasuki orbit planet kita dan akhirnya ditarik masuk ke Bumi oleh graviti. Semasa perjalanan, pusat meteorit itu berubah secara beransur-ansur dan menghasilkan corak metalik yang sangat luar biasa disebabkan oleh penyejukan teras asteroid yang sangat perlahan. Para pereka di Rolex mengambil konfigurasi ini dalam penciptaan khazanah yang unik untuk beberapa model yang berprestij, termasuk model GMT-Master II ini.
Model ini mempunyai permukaan meteorit dan Sisipan bezel cerachrom dalam seramik merah dan biru dua warna. Di samping jarum jam, minit dan saat konvensional, GMT-Master II mempunyai satu jarum jam berbentuk segi tiga susuh yang berputar mengelilingi permukaan sekali setiap 24 jam dan satu bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan waktu rujukan di “tempat asal” dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan “melompat” dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui putaran jam: jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon waktu baharu mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka.
Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej kepada kami