Reference
136660
Model case
Oyster, 44 mm, Oystersteel
Water-resistance
Kalis air sehingga 3,900 meter / 12,800 kaki, Injap pelepas Helium
Bezel
Sisipan Cerachrom boleh putar searah senggatan 60 minit tahan calar dalam seramik hitam, angka dan senggatan disalut dengan platinum
Dial
D-biru
Bracelet
Oyster, pautan tiga keping padat
Movement
Perpetual, mekanikal, automatik
Calibre
3235, Buatan Rolex
Power reserve
Lebih kurang 70 jam
Certification
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Memperingati selaman solo bersejarah James Cameron. Daripada biru terang kepada hitam pekat, permukaan dengan dua kecerunan warna meraikan perjalanan seorang lelaki ke tempat terdalam di bumi: dasar Jurang Mariana.
Bezel bersenggat 60 minit, boleh putar satu arah Rolex Deepsea membolehkan penyelam memantau masa selaman serta penyahmampatan mereka dengan tepat dan selamat. Jam ini dilengkapi dengan sisipan bezel Cerachrom hitam yang dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex dalam seramik kalis calar yang warnanya tidak terjejas oleh sinar ultraungu matahari. Senggatan disalut melalui proses PVD (Pemendapan Wap Fizikal) dengan lapisan platinum yang nipis. Permukaan menampilkan jarum dan penanda jam Chromalight yang besar yang dipenuhi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru berpanjangan agar dapat dibaca dengan jelas ketika gelap.
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej kepada kami