Trid492273118127963evpageviewnoscript1

Rolex dan Kejohanan Wimbledon

Rolex pertama kali bekerjasama dengan Kejohanan Wimbledon pada tahun 1978. Kejohanan tenis tertua di dunia ini ialah pusat tenis gelanggang rumput dan permainan asal sukan tenis. Tempat ini juga menjadi arena para atlet menjadi legenda.

Rolex ialah Penjaga Masa Rasmi dan salah satu rakan kongsi utama bagi semua kejohanan terkemuka. Kisahnya bermula di Kejohanan Wimbledon, pada tahun 1978 apabila Rolex mula terlibat dengan sukan yang kini telah menarik perhatian dunia.

 

All England Lawn Tennis dan Croquet Club di barat daya London telah menjadi tuan rumah Kejohanan Wimbledon sejak edisi sulung pada tahun 1877. Kejohanan tenis tertua di dunia, Wimbledon ialah tempat bermulanya sukan tenis dan gelanggang rumput.

Pusat lahirnya tradisi tenis

Di atas pintu masuk pemain ke Centre Court yang memuatkan 15,000 penonton, tertulis bait puisi daripada If oleh Rudyard Kipling:

Jika anda boleh bertemu dengan

Kemenangan dan Bencana

Dan menghadapi

kedua-duanya dengan tenang

Rolex dan Kejohanan Wimbledon - Cortina Watch MalaysiaRolex dan Kejohanan Wimbledon - Cortina Watch Malaysia

Rangkap puisi ini merangkumi falsafah acara kerana di Wimbledon, kehebatan sukan ini bukan terletak pada kemenangan tetapi pada kerendahan hati dan ketabahan para juara.

Rolex dan Kejohanan Wimbledon - Cortina Watch MalaysiaRolex dan Kejohanan Wimbledon - Cortina Watch Malaysia

Tempat berlakunya pertarungan sengit

Kehebatan pusingan akhir Wimbledon di Centre Court akan kekal diingati sebagai detik luar biasa dalam sejarah tenis. Pertempuran epik antara Rod Laver dan John Newcombe, Björn Borg dan John McEnroe, Chris Evert dan Martina Navratilova, Roger Federer dan Rafael Nadal telah dipahatkan dalam lipatan sejarah legenda Wimbledon dan tenis dunia.

 

Tahap kecemerlangan sukan sebegini yang tidak pernah berlaku dahulu selari dengan nilai-nilai yang dipegang oleh Rolex dan kerjasama semula jadi telah berkembang di semua acara tenis utama.

Rolex dan Kejohanan Wimbledon - Cortina Watch MalaysiaRolex dan Kejohanan Wimbledon - Cortina Watch Malaysia

Rolex dan tenis: kerjasama hampir 50 tahun

Rolex telah menjalinkan hubungan istimewa dengan tenis berpaksikan falsafah yang sama: usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan, keinginan untuk memburu ketepatan dan inovasi, keanggunan pergerakan, usaha yang tidak goyah, menghormati tradisi dan tekad untuk sentiasa mencabar diri sendiri.

 

Selama bertahun-tahun, Rolex telah meluaskan penglibatan dalam sukan ini, menjadi Rakan Kongsi Premium tenis dunia dalam perlawanan lelaki dan juga wanita.

 

Rolex menyokong kebanyakan pertandingan utama, termasuk semua empat kejohanan Grand Slam®, penamat musim peringkat Akhir ATP dan WTA, kejohanan ATP Masters dan WTA 1000, serta pertandingan pasukan antarabangsa perdana, Piala Davis dan Piala Laver.

Testimoni Rolex dan Wimbledon

Dalam kalangan Testimoni, Rolex mengangkat juara-juara Wimbledon, termasuk legenda tenis Björn Borg dan Chris Evert, serta Stefan Edberg, Garbiñe Muguruza, Angelique Kerber dan Roger Federer, yang memegang rekod gelaran perseorangan lelaki sebanyak lapan kali – dan bintang yang sedang meningkat naik, Carlos Alcaraz.

 

Peneraju utama hari ini, termasuk ahli keluarga Rolex iaitu Iga Świątek, Jannik Sinner dan Coco Gauff, menyasarkan untuk menyertai pemain hebat ini dalam senarai pemenang kejohanan yang disegani ini.

Rolex dan Kejohanan Wimbledon - Cortina Watch MalaysiaRolex dan Kejohanan Wimbledon - Cortina Watch Malaysia

Rolex dan sukan

Selama beberapa dekad, Rolex aktif memperjuangkan budaya, seni bina, penjelajahan dan pemeliharaan bumi. Dalam arena sukan pula, Rolex telah membina pelbagai perkongsian merentasi tenis, golf, ekuestrian, ski, pelayaran dan sukan permotoran. Rolex bekerjasama dengan badan pentadbiran, pertandingan dan atlet –  daripada juara terkemuka kepada bakat yang cerah masa depannya – terlibat sejak dahulu lagi demi mengabadikan masa depan disiplin ini dan menggalakkan kecemerlangan.

Rolex dan Kejohanan Wimbledon - Cortina Watch MalaysiaRolex dan Kejohanan Wimbledon - Cortina Watch Malaysia