Reference
226570
Model case
Oyster, 42 mm, Oystersteel
Water-resistance
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
Bezel
Tetap, bersenggat 24 jam
Dial
Hitam
Bracelet
Oyster, pautan tiga keping padat
Movement
Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT
Calibre
3285, Buatan Rolex
Power reserve
Lebih kurang 70 jam
Certification
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Explorer II dilengkapi dengan paparan 24 jam tambahan; jarum khusus yang mengelilingi permukaan dalam format 24 jam berbanding dengan 12 jam yang biasa, menunjuk ke bezel tetap dengan senggatan 24 jam. Fungsi ini membolehkan pemakai membezakan jam waktu siang daripada waktu malam, iaitu satu ciri penting bagi mereka yang menelusuri persekitaran yang sangat gelap seperti gua yang dalam atau tempat yang matahari tidak pernah terbenam seperti di kawasan kutub pada musim panas.
Explorer II mempunyai paparan tarikh, jarum 24 jam tambahan berwarna oren dan bezel tetap berserta senggatan 24 jam yang membolehkan pembezaan waktu siang dan malam. Model ini menjadi jam tangan pilihan bagi ahli speleologi, ahli volkanologi dan penjelajah kutub. Penanda jam dan jarum jam mempunyai paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan sinaran biru yang tahan lama.
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej kepada kami