Reference
126600
Model case
Oyster, 43 mm, Oystersteel
Water-resistance
Kalis air hingga 1,220 meter / 4,000 kaki, injap pelepas helium
Bezel
Sisipan Cerachrom boleh putar searah senggatan 60 minit tahan calar dalam seramik hitam, angka dan senggatan disalut dengan platinum
Dial
Hitam terang
Bracelet
Oyster, pautan tiga keping padat
Movement
Perpetual, mekanikal, automatik
Calibre
3235, Buatan Rolex
Power reserve
Lebih kurang 70 jam
Certification
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Bezel bersenggat 60 minit, boleh putar satu arah Sea-Dweller membolehkan penyelam memantau masa selaman serta penyahmampatan mereka dengan tepat dan selamat. Jam ini dilengkapi dengan sisipan bezel Cerachrom hitam yang dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex dalam seramik kalis calar yang warnanya tidak terjejas oleh sinar ultraungu matahari. Senggatan disalut melalui proses PVD (Pemendapan Wap Fizikal) dengan lapisan platinum yang nipis. Permukaan menampilkan jarum dan penanda jam Chromalight yang besar yang dipenuhi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru berpanjangan agar dapat dibaca dengan jelas ketika gelap.
Permukaan hitam Sea-Dweller mempunyai jarum yang besar dan indeks yang dikhaskan untuk model profesional Rolex. Permukaan itu membawa nama Sea-Dweller dalam warna merah, rujukan kepada model yang pertama. Paparan Chromalight pada permukaan ialah satu inovasi yang menjangkaui sempadan penglihatan dalam persekitaran yang gelap. Cahaya birunya tahan hingga lapan jam dengan kecerahan seragam, iaitu dua kali ganda lebih lama berbanding dengan bahan pendarkilau standard.
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej kepada kami