Reference
126622
Model case
Oyster, 40 mm, Oystersteel dan platinum
Water-resistance
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
Bezel
Platinum boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit dengan angka timbul
Dial
Batu loh
Bracelet
Oyster, pautan tiga keping padat
Movement
Perpetual, mekanikal, automatik
Calibre
3235, Buatan Rolex
Power reserve
Lebih kurang 70 jam
Certification
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit Yacht-Master diperbuat sepenuhnya daripada logam berharga atau dipasang dengan sisipan Cerachrom dalam seramik berteknologi tinggi. Angka dan senggatan yang timbul dan digilap jelas menonjol dengan permukaan jam yang kusam dan berpasir. Bezel berfungsi ini – yang membolehkan pemakai mengira, sebagai contoh, masa pelayaran di antara dua boya – juga merupakan komponen penting dalam identiti visual khas model.
Sepertimana jam tangan Profesional Rolex yang lain, Yacht-Master 40menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya kegelapan disebabkan adanya paparan Chromalight. Jarum dan penanda jam yang lebar dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.
Kebanyakan jam tangan Rolex boleh didapati dalam kombinasi yang kini terkenal dengan gabungan emas kuning, putih atau Everose dan keluli yang dikenali sebagai Rolesor, namun Rolesium adalah ciptaan khusus untuk Yacht-Master. Sementara penutup dan rantai adalah dalam Oystersteel yang tahan lasak, bezel versi Rolesium adalah diperbuat daripada platinum yang menyerlahkan keputihan perak dan kilauan yang terang untuk kemewahan yang tidak dapat dipertikaikan.
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej kepada kami