Jam tangan Rolex direka dan dibina untuk bertahan.
Daripada konsepsi jam tangan Rolex hingga waktu meninggalkan bengkel, setiap langkah pembangunan dan pembuatan mengikut satu syarat kritikal: kualiti. Hasilnya, tidak ada had tentang tempoh jam tangan Rolex boleh terus berfungsi, diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya dan untuk beberapa kehidupan.
Selang beberapa tahun selepas setiap penyenggaraan, jam tangan anda harus diberikan perhatian yang menyeluruh. Sebagai Peruncit Rasmi Rolex, Cortina Watch Malaysia diberi kuasa untuk menerima jam tangan Rolex anda untuk tujuan penyenggaraan. Dengan ilmu, kemahiran dan pengetahuan teknikal yang diperlukan, kami bersedia untuk memberi anda nasihat tentang segala aspek teknikal jam tangan Rolex.
Melalui Cortina Watch Malaysia, anda boleh mengakses rangkaian tukang jam Rolex yang terlatih di seluruh dunia. Kami mengikuti Prosedur Penyenggaraan Rolex yang direka untuk memastikan setiap jam tangan yang keluar dari bengkel Rolex mematuhi spesifikasi fungsian dan estetika asalnya.
Prosedur Penyenggaraan Rolex direka untuk memastikan setiap jam tangan yang keluar dari bengkel Rolex mematuhi spesifikasi fungsian dan estetika asalnya. Setiap gerakan dibaik pulih secara menyeluruh dan setiap penutup serta rantai diperbaharu dengan rapi untuk mengembalikan kilauannya. Ketepatan dan kekalisan air jam tangan diuji dengan teliti bagi menjamin tahap kualiti dan keutuhan yang seharusnya ada pada jam tangan Rolex anda.
Selepas penyenggaraan selesai, Rolex anda dilindungi oleh Jaminan Perkhidmatan selama dua tahun. Jaminan ini tidak termasuk apa-apa kerosakan atau kemerosotan yang disebabkan oleh kemalangan atau pengendalian jam tangan yang salah. Sebarang campur tangan oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan oleh Rolex atau penambahan mana-mana bahagian atau aksesori yang tidak dikeluarkan oleh Rolex akan membatalkan Jaminan Perkhidmatan.