Trid492273118127963evpageviewnoscript1
Rolex GMT-Master II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex GMT-Master II watches - Cortina Watch Malaysia

Rolex GMT-Master II
Berputar seiring dunia

Oyster Perpetual GMT-Master II direka bentuk untuk memaparkan masa dalam dua zon waktu berbeza secara serentak. Kukuh dan praktikal, jam tangan ini merupakan jam tangan yang ideal untuk mengembara ke seluruh dunia. Dilancarkan pada tahun 1955, GMT-Master menyaksikan pengembangan pesat perjalanan antara benua pada separuh kedua abad ke-20. Jam ini bahkan menjadi jam tangan rasmi Pan American World Airways, iaitu syarikat penerbangan antara benua Amerika yang paling utama pada masa itu.

Fungsi jam sama seperti nama diberi, Oyster Perpetual GMTMaster II membangkitkan kenangan perjalanan jarak jauh merentasi zon waktu.

GMT-Master, seutas “jam tangan alatan” sebenar, terus berkembang untuk menawarkan prestasi teknikal yang semakin meningkat. Pada tahun 1982, Rolex memperkenalkan sebuah mekanisme baharu yang membenarkan jarum jam ditetapkan secara bebas daripada jarum lain. Untuk menandakan perkembangan ini secara jelas, model yang dipasang dengan mekanisme yang dioptimumkan telah diberi nama GMT-Master II.

Rolex GMT-Master II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex GMT-Master II watches - Cortina Watch Malaysia

Satu alat, beberapa zon waktu

GMT-Master II mempunyai reka bentuk yang dapat dikenali serta-merta dengan sisipan bezel bersenggat yang tersedia dalam pelbagai kombinasi dua warna – bahagian bawah melambangkan waktu siang dan bahagian atas menandakan waktu malam. Dengan jarum jam, minit dan saat tradisional, jarum 24 jam dengan hujung berbentuk segi tiga dan bezel boleh putar dwiarah dengan sisipan Cerachrom bersenggat 24 jam, GMT-Master II boleh memaparkan masa dalam dua zon waktu secara serentak: sama ada waktu tempatan dan masa rujukan, atau waktu tempatan dan zon waktu alternatif.

 

GMT-Master II terbaharu dilengkapi dengan kaliber 3285, sebuah mekanisme mekanikal automatik yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Sebuah demonstrasi teknologi handalan, mekanisme ini menawarkan prestasi yang menakjubkan dari segi ketepatan, rizab kuasa, ketahanan terhadap kejutan, kemudahan dan kebolehpercayaan. Ia dipasang dengan pegas rambut Parachrom biru yang eksklusif dan juga mengandungi pelepas Chronergy yang dipatenkan. Rizab kuasa mekanisme berlanjutan hingga kira-kira 70 jam.

Rolex GMT-Master II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex GMT-Master II watches - Cortina Watch Malaysia
Rolex GMT-Master II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex GMT-Master II watches - Cortina Watch Malaysia

Seramik berteknologi tinggi

Sisipan bezel Cerachrom diperbuat daripada seramik yang sangat keras dalam pembuatan aliran berterusan Rolex. Bahan berteknologi tinggi ini hampir tahan calar dan berupaya mengekalkan warna-warna jam yang terang seiring dengan masa. Rolex membuat penemuan baharu pada tahun 2013 apabila jenama ini memperkenalkan sisipan bezel seramik dua warna dalam satu kepingan tunggal yang pertama – warna biru pada separuh dan hitam pada separuh lagi. Setahun kemudian, Rolex mengeluarkan sisipan Cerachrom dalam warna merah dan biru – warna asal GMT-Master. Rolex menjalankan penyelidikan perintis untuk membangunkan seramik merah yang sepadan dengan kriteria estetik dan kualiti.

 

Selama bertahun-tahun, Rolex mempersembahkan kombinasi warna lain: coklat dan hitam pada 2018, hijau dan hitam pada 2022 – pada versi dengan mahkota dan pelindung mahkota di sebelah kiri sarung dan paparan tarikh pada pukul 9 – dan kelabu dan hitam pada tahun 2023.

Rolex GMT-Master II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex GMT-Master II watches - Cortina Watch Malaysia

Pensijilan Kronometer Superlatif

Seperti semua jam tangan Rolex, GMT-Master II dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif. Perakuan ini mengesahkan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan tapak Rolex telah berjaya menjalani satu siri ujian yang dilakukan dalam makmal Rolex, berdasarkan kriteria Rolex sendiri. Status Kronometer Superlatif dilambangkan oleh meterai hijau yang disertakan dengan setiap jam tangan Rolex dan berserta jaminan antarabangsa selama lima tahun.

Teruskan meneroka